Selamat, Berkesan dan Mesra Alam

Dalam tahun 1956, Dr. Forrest C Shaklee mempelopori gerakan untuk menjadikan dunia ini lebih baik - dunia sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan alam semulajadi. Beliau sedar yang kesihatan optimum hanya boleh diperolehi melalui sumber alam semulajadi, sama ada untuk manusia juga yang lainnya.

Selama lebih 50 tahun, SHAKLEE bertungkus lumus untuk menghasilkan produk semulajadi yang selamat dan berkesan. Produk yang juga turut dapat memelihara alam semesta. Tidak hairanlah SHAKLEE berjaya menjadi syarikat nutrisi nombor satu di Amerika!

Showing posts with label Ibu Menyusukan. Show all posts
Showing posts with label Ibu Menyusukan. Show all posts

Tuesday, January 22, 2013

Penyusuan Anak Angkat

Penyusuan anak angkat

 
Memberikan susu ibu kepada anak angkat bukanlah semata-mata untuk menjadikan anak itu muhrim kepada ibu bapa angkat tetapi lebih kepada memberikan makanan terbaik untuk bayi. - Gambar hiasan
SAYA telah berkahwin selama 15 tahun tetapi tidak mempunyai anak. Saya dan suami telah mencuba pelbagai rawatan sama ada secara moden atau tradisional. Malangnya kami masih tidak berjaya. Kami juga mencuba rawatan secara persenyawaan in-vitro (IVF) sebanyak dua kali namun saya masih tidak hamil. Kami reda dan bercadang mengambil anak angkat. Mohon doktor membantu cara untuk mencetuskan penyusuan ibu bagi anak angkat tersebut. Bilakah cara yang patut dimulakan? Bagaimanakah hukum berkenaan bayi susuan ini?
Artikah, Selangor

JAWAPAN:

Saya amat memahami keadaan puan dan suami. Saya tahu puan ialah seorang yang amat tabah. Insya-Allah saya amat yakin puan akan berjaya untuk menyusukan anak angkat puan nanti.

Mencetuskan penyusuan ibu atau induce lactation bagi ibu angkat yang hendak menyusukan anak angkat bukanlah suatu perkara yang mudah kerana biasanya ibu-ibu ini tidak pernah hamil atau tidak pernah melahirkan anak. Jadi proses pembentukan dan kematangan kelenjar mamari seperti yang dialami semasa proses kehamilan tidak pernah berlaku kepada ibu-ibu ini. Namun ini tidak boleh menjadi penghalang kepada ibu-ibu angkat berusaha menghasilkan susu ibu untuk diberikan kepada anak angkat mereka.
Memberikan susu ibu kepada anak angkat bukanlah semata-mata untuk menjadikan anak itu muhrim kepada ibu bapa angkat tetapi lebih kepada memberikan makanan terbaik untuk bayi. Susu ibu tetap yang terbaik berbanding susu formula. Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Jack Newman di dalam bukunya, The Ultimate Breastfeeding Book of Answers, susu formula bukanlah pilihan kedua terbaik selepas susu ibu. Susu formula adalah pilihan keempat selepas susu perahan ibu dan susu ibu daripada ibu susuan.
Semasa kehamilan, badan wanita akan meningkatkan penghasilan hormon progesteron dan estrogen (dirembeskan oleh ovari) dan hormon prolaktin (dirembeskan oleh kelenjar pituitari) untuk menyediakan payudara bagi penyusuan ibu. Di akhir kehamilan, aras hormon progesteron dan hormon estrogen akan menurun manakala aras hormon prolaktin akan bertambah untuk memulakan penghasilan dan pengeluaran susu ibu di payu dara. Prosedur inilah yang cuba ditiru untuk membolehkan ibu-ibu yang tidak pernah hamil mengalami proses mencetuskan susu ibu di payu dara mereka. Apabila susu ibu sudah berjaya dihasilkan maka langkah seterusnya menjadi lebih mudah iaitu meningkatkan dan mengekalkan penghasilan susu ibu.

Pil perancang
Bilakah induce lactation harus bermula? Sebaik-baiknya lebih awal bermula lebih baik hasil yang akan diperoleh dalam usaha mencetuskan susu ibu. Sebagai contoh, ibu boleh bermula enam bulan atau lebih awal sebaik sahaja mengambil keputusan menerima bayi angkat untuk menyediakan susu ibu kepada bakal bayinya.

Ringkasnya, mencetuskan susu ibu ada empat fasa. Fasa satu adalah dengan memakan pil perancang dan Domperidone untuk membolehkan badan "meniru" proses pembentukan kelenjar mamari sebagaimana yang berlaku semasa proses kehamilan. Fasa dua pula adalah menghentikan pil perancang tetapi teruskan Domperidone untuk mencetuskan penghasilan susu ibu. Fasa tiga adalah memerah susu untuk menggalakkan penghasilan dan pengeluaran susu ibu dan fasa empat dengan memberi bayi menyusu terus daripada payudara ibu untuk meningkatkan rangsangan ke atas payudara bagi menggalakkan penghasilan lebih banyak susu.

Nasihat
Nasihat saya kepada ibu (ibu angkat) ialah susu ibu tetap makanan terbaik bagi bayi baru lahir. Sebaik-baiknya susukan bayi sekurang-kurang selama enam bulan pertama hayatnya, ibu harus berfikiran positif, cekal, sabar dan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berjaya mencetuskan susu ibu.
Penghasilan susu ibu bergantung kepada tindak balas hormon dan rembesan hormon bergantung kepada "arahan" daripada otak. Jadi didiklah otak supaya mahu bekerjasama dengan kita untuk menghasilkan susu ibu yang mencukupi untuk bayi anda. 

Latih bayi menyusu terus daripada payu dara ibu untuk meningkatkan rangsangan bagi menghasilkan lebih banyak susu. Jika perlu alat SNS (rujuk rajah di bawah) boleh digunakan. Jangan sesekali memperkenalkan puting tiruan kepada bayi. Walaupun ketika susu ibu masih belum mencukupi dan ibu terpaksa memberi susu formula kepada bayi, gunakan sudu atau cawan kecil bagi mengelak bayi keliru puting. Jika masalah keliru puting berlaku lebih sukar memujuk bayi menyusu daripada payu dara ibu. Kesannya payu dara kurang dirangsang maka penghasilan susu akan berkurangan.
Dapatkan nasihat doktor dan pakar laktasi untuk membincangkan penggunaan pil dan ubat-ubatan di atas. Kenal pasti juga kesan sampingan yang mungkin berlaku dengan penggunaan ubat-ubatan tersebut.

Hukum
Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat seorang wanita telah mencapai umur baligh sama ada berkahwin atau sebaliknya dan ubat atau hormon yang digunakan tidak mengandungi sebarang unsur najis atau mudarat. Keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina.
Jumhur fuqaha' juga sepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung daripada payudara dan secara tidak langsung menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. 

Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak seperti berikut:

(i) Bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan.
(ii) Susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi.
(iii) Umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.

Hujah thabitan ini kerana susu ibu tersebut telah menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yang menyusu secara terus daripada payu dara. Bagaimanapun, sekiranya kaedah yang dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat luka tubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan. Muzakarah juga memutuskan wanita beragama Islam tidak dilarang menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga bayi beragama Islam boleh menyusu kepada wanita bukan Islam kerana tidak ada nas syarak yang melarangnya. Penyusuan tersebut tidak memberi kesan kepada akidah dan agama bayi yang disusukan tersebut.

Muzakarah juga memutuskan susu ibu yang bercampur dengan bahan-bahan lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampur dengan makanan, minuman atau lainnya sepertimana pendapat yang rajih daripada ulama' mazhab Shafie dan Hambali, kerana untuk sah atau sabit menjadi anak susuan perlu memenuhi syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak.
Lelaki yang mengahwini wanita yang menyusukan bayi angkat dan bayi tersebut sah menjadi anak susuan, maka Muzakarah memutuskan suami kepada wanita berkenaan adalah menjadi mahram kepada anak susuan tersebut.

Sumber : UTUSAN MALAYSIA 20/01/2013


Tuesday, December 18, 2012

KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU KEPADA IBU

Selain kebaikan kepada bayi, ibu yang menyusui bayi mereka turut mendapat manfaatnya. Antara kebaikan penyusuan ibu kepada ibu itu sendiri adalah seperti yang berikut.

  • Penyusuan susu ibu membantu meningkatkan ikatan antara ibu dengan bayi. Sentuhan antara ibu dengan bayi, berada rapat semasa penyusuan dan masa yang dihabiskan bersama-sama semasa menyusu merupakan saat indah bagi setiap ibu. Sebenarnya terdapat hormon yang dikeluarkan semasa penyusuan yang membantu meningkatkan ikatan dan perasaan keibuan ini.
  • Semasa menyusui bayi, hormon prolaktin dan oksitosin akan dirembeskan dalam tubuh ibu. Fungsi utama hormon ini adalah untuk memastikan penghasilan dan pengeluaran susu. Dalam masa yang sama, hormon ini mampu menyebabkan ibu berasa tenang. Kesannya, ibu yang lebih tenang akan lebih bersedia untuk menyusui dan menjaga bayi mereka. 
  • Hormon oksitosin juga akan bertindak ke atas rahim ibu dan mempercepatkan pengecutan rahim. Keadaan ini akan mengurangkan risiko pendarahan yang banyak selepas bersalin. Dengan itu, risiko bagi ibu untuk mengalami anemia atau kekurangan sel darah merah akan berkurangan.
  • Ibu memerlukan tenaga yang banyak bagi menghasilkan susu untuk menyusui bayi mereka. Lemak yang banyak terkumpul dalam tubuh ibu semasa hamil akan dibakar untuk menghasilkan tenaga untuk digunakan dalam penghasilan susu. Oleh itu, ibu yang menyusui bayi mereka terutamanya secara eksklusif selama 6 bulan pertama berjaya mengurangkan berat tubuh dengan lebih cepat berbanding ibu yang tidak menyusui bayi mereka. Keadaan ini penting kerana ia dapat mengurangkan risiko untuk ibu mengalami masalah obesiti selepas bersalin.
  • Hormon yang dirembeskan semasa menyusui bayi juga dapat mengelakkan ibu daripada menjadi subur. Malahan ramai ibu yang tidak didatangi haid semasa mereka menyusui bayi. Walaubagaimanapun tempoh ketidaksuburan ini berbeza bagi setiap ibu. Hanya ibu yang menyusui bayi mereka secara eksklusif, bayi berusia 6 bulan ke bawah dan ibu masih belum didatangi haid selepas bersalin yang boleh menggunakan kaedah penyusuan ini sebagai satu kaedah untuk merancang keluarga. Kaedah ini mempunyai kadar kejayaan yang tinggi iaitu lebih kurang 98 peratus sekiranya semua kriteria tersebut dipenuhi.
  • Selain kesan yang dapat dilihat segera seperti yang telah dibincangkan, penyusuan susu ibu juga mempunyai kesan jangka panjang ke atas ibu. Ibu yang menyusui bayi mereka sehingga sekurang-kurang dua tahun pula akan mempunyai risiko penyakit jantung yang lebih rendah. Ibu yang menghidap diabetes dan menyusui bayi didapati memerlukan dos insulin yang lebih rendah untuk merawat penyakit mereka. Selain itu, risiko osteoporosis juga akan lebih rendah dalam kalangan ibu yang menyusui bayi mereka. 


Sumber : 100 Persoalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu




Wednesday, December 12, 2012

Jenis Ubat dan Kesannya Pada Penyusuan Susu Ibu

Berikut ialah senarai sesetengah ubat yang biasa diambil oleh ibu dan sama ada ia memberikan kesan atau tidak kepada penyusuan dan bayi. Namun, ubat-ubatan lain yang tidak dinyatakan tidak bermakna selamat untuk digunakan.

Sumber : Buku 100 Persoalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu



Semoga info yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada ibu-ibu semua.

Tuesday, October 2, 2012

Tips Banyakkan Susu Ibu


Saya adalah pengguna tegar Shaklee dan alhamdulillah sehingga kini anak sudah berusia 16 bulan susu masih lagi banyak. Tetapi perlulah diingat bahawa pengambilan supplemen tidak membanyakkan susu badan tetapi dapat memastikan badan ibu sentiasa sihat dan bertenaga seterusnya dapat menghasilkan susu yang berkualiti dan mencukupi untuk bayi. Berikut adalah tips yang saya sentiasa amalkan bagi memastikan susu saya sentiasa banyak selain dari pengambilan supplemen shaklee.... :)
1)Kekerapan mengepam / sesi perahan yang konsisten setiap 3jam sekali atau kerap direct feed baby..yang penting kosongkan breast…atau minimum 6 kali sehari adalah wajib… sentiasa amalkan Power Pumping sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu….. ibu yang bekerja juga perlu mengepam kerana jika tidak dipam maka vitamin tadi hanya membantu ibu menjadi sihat dan bertenaga tetapi tidak membantu mendapat susu dengan banyak....

2)Minum air kosong tidak kurang 3 liter setiap hari untuk membantu penyerapan vitamin dan maintain level cecair dalam tubuh…ini adalah WAJIB…jika tidak si ibu akan mengalami masalah healing crisis..sebagai contoh ibu mengalami pening kepala jika kurang air dalam badan..supplemen semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh dan memperbaiki sel-sel yang rosak…air amat diperlukan dalam proses ini jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis..pengambilan supplement ini dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat….kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat….oleh itu perlu banyak meminum air….umpama mengacau sesudu gula dalam sebiji cawan dan sesenduk gula….satu senduk gula pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag….berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organic semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air…tahap kepekatan nutrient dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin….bayangkan sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Realeased Shaklee ini sama dengan 7 biji oren….berapa banyak air dalam 7 biji oren tu?

3)Doa yang berterusan…ingatlah bahawa sesungguhnya ALLAH itu yang melapangkan rezeki kepada kita semua yang berusaha…sentiasa berkata pada diri bahawa susu aku cukup untuk anak aku…
Berminat untuk mendapatkan supplemen shaklee??? Sila SMS/Whatsapp 019-3311968 @ emel ke mamafisya@gmail.com.

Monday, June 4, 2012

Puasa Bagi Ibu Menyusukan

Pertama kali berpuasa sebagai ibu yang menyusukan amat mencabar rase nye…huhu… Mana tak nye… bila tengahari je da menggigil kepala lutut. Tambahan dengan cuaca yang panas terik sekarang ni. Memang la tekak rasa sangat haus dan kering.

Alhamdulillah ditemukan dengan Mighty 3 Gem Shaklee ni…  Set ini memang sangat2 sesuai diambil oleh ibu bf yang ingin berpuasa dan juga seisi keluarga . Ianya  mengandungi 3 jenis iaitu mealshakes,  ESP & Performance Drink. 


                                                            Mighty 3 Gem Programme


 Set ini dapat memastikan badan kita :

*Bertenaga sepanjang hari
*Membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan
*Memelihara kesihatan secara menyeluruh
*Mencegah badan dari dehadrasi

Pengalaman saya sendiri sewaktu menggantikan puasa memang terasa perbezaan berbanding sebelum mengambil set ini. Selain set ini saya juga mengambil Vitalea (Multivitamin), Vitamin C, Vitamin B-Complex, Ostematrix(kalsium) & Alfalfa. Nampak terlalu banyak???? Ini penting nya kita tahu perbezaan vitamin shaklee dengan vitamin2 yang ada di pasaran sekarang. Vitamin shaklee adalah vitamin semulajadi. Beza Vitamin Semulajadi dan Sintetik boleh baca disini. Yang penting tiada lagi masalah susu merundum sewaktu berpuasa. Badan terasa segar dan cergas. Lagi satu saya xnak la coz menyusukan anak nanti tulang rapuh, badan letih & lesu dan menjejaskan kesihatan sendiri. Kalau macam ni dah x risau lagi nak mengganti puasa walaupun menyusukan anak.. hehe....


Ni gambar 'hasil' yang saya perolehi untuk sesi pertama walaupun berpuasa... i likeeee!!!!!



                                                    
Untuk makluman pengambilan vitamin/supplement tidak memperbanyakkan susu tetapi dapat menjadikan badan ibu sihat & cergas sekaligus dapat menghasilkan susu yang mencukupi dan berkualiti untuk bayi anda...


Berminat? Sila emailkan kepada mamafisya@gmail.com Or SMS ke 019-3311 968 untuk mendapatkan harga istimewa bagi setiap produk!! Sebarang penolakan dari Shaklee (M) tidak menjadi tanggungjawab kami. Harap Maklum.