Selamat, Berkesan dan Mesra Alam

Dalam tahun 1956, Dr. Forrest C Shaklee mempelopori gerakan untuk menjadikan dunia ini lebih baik - dunia sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan alam semulajadi. Beliau sedar yang kesihatan optimum hanya boleh diperolehi melalui sumber alam semulajadi, sama ada untuk manusia juga yang lainnya.

Selama lebih 50 tahun, SHAKLEE bertungkus lumus untuk menghasilkan produk semulajadi yang selamat dan berkesan. Produk yang juga turut dapat memelihara alam semesta. Tidak hairanlah SHAKLEE berjaya menjadi syarikat nutrisi nombor satu di Amerika!

Showing posts with label Kesan Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Kesan Shaklee. Show all posts

Sunday, September 21, 2014

Kesan Buruk vs Krisis Pemulihan Shaklee

Kesan Buruk vs Krisis Pemulihan Set Kehamilan Shaklee


Hari ni saya nak kongsikan tentang Testimoni pelanggan saya yang Berjaya Hamil dengan Set Subur Shaklee..  Ceritanya bermula apabila beliau PM saya berminat nak mengetahui Set Kesuburan Shaklee pada tahun 2012. Selepas penerangan diberi beliau telah PM semula tak jadi beli sebab nak buat pemeriksaan doktor dahulu bersama suami.. alhamdulillah beliau punya semangat yang tinggi untuk mendapatkan zuriat..



Selepas membuat pemeriksaan doktor... hasil pemeriksaan mendapati tiada Cyst.. Fibroid.. cuma beliau menghadapi masalah Tiub Peranakan yang Tersumbat. Melalui pengalaman saya selama 3 tahun menjadi pengedar & pengguna Shaklee ini.. sekiranya pelanggan telah mebuat pemeriksaan terlebih dahulu lagi mudah untuk kami nak konsult kerana risiko jika tidak membuat pemeriksaan dahulu so kita tidak tahu apa masalah yang badan pelanggan telah simpan bertahun-tahun lamanya. Jadi pelanggan perlu bersedia menghadapi Krisis Pemulihan atau Healing Crisis dalam proses badan ingin kembali normal. Kemungkinan Cyst & Fibroid yang telah tersimpan lama di dalam badan akan dapat dikesan juga dengan pengambilan Vitamin Shaklee dalam proses pemulihan tersebut. Kalau pelanggan tidak aware dengan Krisis Pemulihan ini beliau akan mengatakan ianya Kesan Buruk dari Pengambilan Vitamin Shaklee...  

Berbalik kepada kes pelanggan saya tadi.. dalam tempoh setahun macam-macam krisis pemulihan yang beliau hadapi.. Antaranya beliau sakit senggugut yang teruk dan pening sampai hampir nak pitam.. Saya hanya suruh beliau kurangkan dos dan teruskan pengambilan. Sebelum ni pun beliau dah beberapa kali bagitau GLA Complex ni tak sesuai dengan beliau. Tapi saya tetap positif dan bagi semangat pada beliau untuk teruskan..





Beliau hampir-hampir putus semangat kerana setiap kali buat Ujian Kehamilan keputusannya negatif walaupun lama dah ambil Set Subur Shaklee ni...


Setelah lebih setahun ambil dan masih belum disahkan hamil.. ayat saya yang terakhir masa tu terpulanglah pada beliau nak teruskan atau tidak yang pastinya saya dah jalankan tanggungjawab saya untuk bagi penerangan yang jelas. Saya percaya beliau akan teruskan juga kerana jarang saya jumpa pelanggan yang betul-betul tabah macam beliau. 



Tup tup baru-baru ni beliau tunjukkan keputusan positif menggunakan alat ujian kehamilan ini... Alhamdulillah dalam hati saya dah terlalu gembira cuma saya nasihatkan beliau buat pemeriksaan doktor juga.



Disebabkan beliau masih ragu-ragu dengan keputusan ujian kehamilan kat atas ni.. saya nasihatkan dia beli alat ujian kehamilan yang canggih manggih sikit...  hihi...



Tu dia... ha clear dah... 


Keesokan harinya beliau pergi berjumpa doktor untuk buat pengesahan..



Alhamdulillah akhirnya pada bulan September 2014 beliau telah disahkan mengandung 3 minggu.... 



Saya percaya Set Subur Shaklee hanyalah penyebab untuk beliau berjaya hamil setelah berkahwin selama 4 tahun tetapi semuanya atas kekuasaan Allah juga. Semoga beliau dapat merasai kemanisan tempoh kehamilan sehingga selamat melahirkan anak kelak...  Buat pengetahuan semua beliau juga merupakan seorang OKU. Siapa kita untuk menidakkan kuasa Allah...  :')

Saturday, March 17, 2012

Apa Kesan Smpingan Terhadap Pengguna Shaklee??

Apakah beza sebenar produk Shaklee dengan vitamin lain yang boleh di dapati dari klinik kerajaan dan farmasi?


Pertama sekali yang buat ibu sangat puas hati ialah kerana tiadanya silika gel seperti dalam rata2 botol vitamin. Ini menandakan ianya asli dan bukan sintetik (tiruan). Vitamin Shaklee tidak mempunyai perasa tambahan, pengawet tambahan malah tiada bahan tambahan yang tidak diperlukan oleh badan.

Selain itu, saya tak perlu berulang-alik membeli vitamin banyak kali kerana satu botol vitamin boleh tahan 4 bulan(untuk full pack). Permintaan set B yang kami sediakan juga dalam bentuk pakej adalah sangat sesuai buat ibu yang sedang menjayakan penyusuan susu ibu.



Apakah vitamin yang terkandung dalam trial pack set B sebenarnya? 

Dalam pakej ini mengandungi 30 Multivitamin @ Vitalea, 30′s B complex, 30′s Vitamin c dan 60 biji Alfalfa.

Namun ramai yang tidak tahu kepentingan utama pengambilan vitamin ini. Hakikatnya pengambilan vitamin ini membantu tubuh ibu sihat dan sustained iaitu kekal bertenaga walaupun bekerja. Untuk ibu yang tidak bekerja, vitamin juga sangat membantu agar ibu kekal bertenaga dan sihat untuk menguruskan anak-anak dan kerja rumah. Bukan mudah nak uruskan semuanya jika kita sakit atau mudah jatuh sakit kan?



KESAN UTAMA setelah mengambil vitamin Shaklee ini ialah :

1. Badan rasa lebih bertenaga kecuali mereka yang kurang air maka badan akan menjadi semakin letih.

2. Perasaan yang gembira dan mood yang lebih stabil.
3. Badan tidak mudah rasa lesu dan letih.
4. Sentiasa rasa bersemangat.
5. Fikiran lebih positif.
6. Tidak mudah stress dan mudah menangani masalah dengan baik dan tenang.
7. Kita tidak akan mengalami kurang darah dan tekanan darah lebih stabil.
8. Membantu melancarkan sistem perkumuhan dengan lebih lancar terutama apabila consume cukup air dalam sehari.
9. Badan mempunyai sistem imun yang tinggi dan mudah recover jika sakit.
Maka kerana kesan utama inilah ramai wanita yang dulunya makan Shaklee hanya untuk tujuan penyusuan kini masih meneruskan makan vitamin Shaklee kerana merasa kelebihan dan kebaikkan walau sudah tidak menyusu lagi.
Namun sesuatu yang telah buat ibu sedar, rupa-rupanya terdapat kesan sampingan bila makan vitamin ini terutama bagi ibu yang menyusu kerana ramai TESTIMONI yang menulis dan ianya diakui oleh ramai ibu yang mengamalkan set B Shaklee ini antaranya ialah :
1. Susuibu menjadi lebih pekat.
2. Susu berubah menjadi lebih kekuningan atau sedikit kehijauan
3. Penghasilan susu mula menampakkan peningkatan terutama apabila kerap menyusukan bayi mahupun sesi perahan yang konsisten sehingga payudara kosong.
4. Payudara mudah rasa bengkak terutama apabila si ibu tidak skip makan dan membuat perahan @ direct feeding sehingga payudara benar2 kosong SECARA KONSISTEN.



Ada yang bertanya, penting ke SUSUIBU PEKAT atau CAIR?

Susu pekat atau tidak : ia balik kepada kepuasan individu (si ibu). Khasiat susu ibu mmg terbaik. Cuma nasi kalau makan berlauk lagi sedap dari di makan begitu sahaja. Jika mampu then amik supplement, jika ada kekangan dan rasa tak perlu, tak perlu amik pun tiada masalah.

setiap individu punya taste yang berbeza. Ada org suka minum sbg cth milo yang cair, tetapi tidak kurang juga ada yg suka minum milo yg pekat. Hakikatnya ia tetap milo dan tidak berubah menjadi air sirap….. Sama dengan susuibu.
Pemakanan atau fokus pengambilan supplement bukanlah utk memekatkan susu tetapi membantu tubuh ibu… untuk sustained iaitu kekal bertenaga, ceria, mood yang stabil namun secara tidak langsung kesan vit membuatkan susu menjadi lebih pekat. sekali lagi dimaklumkan susu pekat bukan fokus utama pengambilan vit tetapi kesan lain selain membantu si ibu sustained. Bagi working mom yang punyai jadual makanan tak teratur mmg digalakkan amik supplement supaya badan tak mudah penat, tak mudah stress and etc.
Supplement ada byk, tidak semestinya Shaklee namun dapatkan yang tiada pewarna, tiada perasa tambahan supaya badan menyerap vit dengan sepenuhnya dan lebih baik. Walau bagaimanapun yg punyai kekangan cuba dptkan dr klinik kerajaan.
Namun bagi yang TIDAK menyusukan anaknya ,mereka tidak akan mempunyai kesan sampingan ini sekiranya mereka consume semua vitamin dalam set B.
Sekadar maklumat tambahan



Apakah kepentingan setiap vitamin ini sebenarnya?

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin

Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak…contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg…Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walau bagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.
b) B Compleks Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)…so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susu ibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari …dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh…satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.
d) Alfalfa merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan…secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.
Shaklee Alfalfa membantu penghasilan susu dengan lebih cepat namun ibu yang menyusu perlu tahu, untuk meningkatkan penghasilan susu ibu…3 perkara utama ini iaitu perah dengan konsisten sehingga payudara benar2 kosong, minum 3 L air sehari (biar sedikit2 tetapi berterusan) dan doa yang berterusan. 






Berminat? Sila emailkan kepada mamafisya@gmail.com Or SMS ke 019-3311 968 untuk mendapatkan harga istimewa bagi setiap produk!! Sebarang penolakan dari Shaklee (M) tidak menjadi tanggungjawab kami. Harap Maklum.