Selamat, Berkesan dan Mesra Alam

Dalam tahun 1956, Dr. Forrest C Shaklee mempelopori gerakan untuk menjadikan dunia ini lebih baik - dunia sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan alam semulajadi. Beliau sedar yang kesihatan optimum hanya boleh diperolehi melalui sumber alam semulajadi, sama ada untuk manusia juga yang lainnya.

Selama lebih 50 tahun, SHAKLEE bertungkus lumus untuk menghasilkan produk semulajadi yang selamat dan berkesan. Produk yang juga turut dapat memelihara alam semesta. Tidak hairanlah SHAKLEE berjaya menjadi syarikat nutrisi nombor satu di Amerika!

Showing posts with label Mitos Penyusuan. Show all posts
Showing posts with label Mitos Penyusuan. Show all posts

Sunday, February 17, 2013

Mitos Penyusuan Susu Ibu

Mitos 1
Bagi memastikan bayi mendapat air yang cukup, ibu perlu juga memberi bayi mereka air masak selain daripada menyusukan mereka.

Fakta :
Bayi yang normal dilahirkan dengan mempunyai simpanan air yang cukup dalam tubuhnya bagi memastikan mereka tidak terhidrat sehinggalah susu ibu diberikan. Susu ibu pula, mampu berubah suhunya mengikut cuaca supaya ia mampu menghilangkan dahaga pada bayi dan seterusnya mengenyangkan mereka.

Mitos 2
Saya perlu mengurut perlahan puting terlebih dahulu sebelum menyusukan bayi.

Fakta :
Payudara seorang wanita memang telah dicipta secara semulajadi bagi tujuan menyusukan bayi. Oleh sebab itu, tiada urutan yang perlu dilakukan malahan perlakuan tersebut boleh mengakibatkan kesakitan pada puting anda.

Mitos 3
Saya mesti menggunakan kedua-dua belah payudara setiap kali menyusukan bayi.

Fakta :
Keadaan ini mungkin memberi lebih kelebihan pada anda kerana ia akan mengimbangkan payudara. Jika bayi anda belum selesai menyusu, dan kemudian tukar ke sebelah lagi, bimbang pula bayi tidak mendapat khasiat yang sepenuhnya. Cuba biarkan bayi anda menyusu di sebelah payudara terlebih dahulu dan menyusu di sebelah lain pada waktu yang lain pula.

Mitos 4
Banyaknya susu anda bergantung pada saiz payudara anda.

Fakta :
Kenyataan di atas salah sama sekali. Jumlah susu yang dihasilkan langsung tidak dipengaruhi oleh saiz payudara. Dengan usaha yang betul dan berterusan, penghasilan susu boleh sentiasa dilipat gandakan.

Mitos 5
Bayi yang menyusu di dalam botol sahaja yang berisiko mengalami kembung perut manakala yang menyusu badan tidak.

Fakta :
Malangnya mana-mana bayi yang menyusu badan tidak terhindar daripada gejala kembung. Namun pada kebiasaannya, bayi yang menyusu badan ini, susunya lebih mudah dihadamkan berbanding susu formula. Ibu-ibu yang menyusukan bayinya juga perlu menjaga pemakanan dengan baik bagi mengelakkan anak-anak kembung.

Mitos 6
Apabila anda sudah kembali bekerja, anda boleh berhenti memberikan susu badan pada bayi.

Fakta :
Tidak sama sekali. Anda mestilah menyusui bayi anda secara terus pada sebelah pagi dan malam. Malahan, semasa bekerja, anda boleh mengambil masa sewaktu rehat dengan mengepam susu bagi tujuan simpanan pada waktu siangnya.

iSIHAT Sept 2012