Selamat, Berkesan dan Mesra Alam

Dalam tahun 1956, Dr. Forrest C Shaklee mempelopori gerakan untuk menjadikan dunia ini lebih baik - dunia sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan alam semulajadi. Beliau sedar yang kesihatan optimum hanya boleh diperolehi melalui sumber alam semulajadi, sama ada untuk manusia juga yang lainnya.

Selama lebih 50 tahun, SHAKLEE bertungkus lumus untuk menghasilkan produk semulajadi yang selamat dan berkesan. Produk yang juga turut dapat memelihara alam semesta. Tidak hairanlah SHAKLEE berjaya menjadi syarikat nutrisi nombor satu di Amerika!

Showing posts with label Sistem Imun. Show all posts
Showing posts with label Sistem Imun. Show all posts

Wednesday, April 3, 2013

SISTEM IMUN

KENALI SISTEM IMUN
 


Hari ini saya ingin mengajak anda mengenali sistem imun kita..
Sistem imun bertindak macam tentera dalam badan kita.  Tanpa mereka virus, bakteria, parasit, toksin dan lain-lain patogen berbahaya boleh menyerang badan kita akibatnya badan menjadi lemah dan sakit.

Sistem imun kita boleh mengesan pelbagai jenis patogen berbahaya dan membezakannya daripada sel-sel dan tisu-tisu yang sihat. Pertahanan kita yang pertama adalah KULIT. Tanpa kulit  badan kita bukan sahaja terdedah kepada toksin & macam2 lagi malah badan kita boleh hancur. Selain memberi pertahanan fizikal ianya juga menyedikan pertahanan kimia kerana sifat semulajadi kulit yang boleh mengeluarkan sebum anti bakteria. Ianya boleh membunuh spora dan bakteria yang hinggap pada kulit dengan segera. Antara sistem pertahanan semulajadi badan yang berada di ‘jalan masuk’ utama kuman adalah hidung dan mulut. Mukus di dalam hidung mengandungi enzim lysozyme yang boleh memecahkan dinding sel bakteria. Mulut pula mengandungi air liur yang bersifat anti bakteria.

Sistem imun terdiri daripada thymus, limpa, sistem limpa, sumsum tulang, sel-sel darah putih, antibodi dan hormon. Kesemuanya mempunyai cara yang tersendiri yang kompleks dan canggih untuk melindungi badan kita dari serangan virus.

Namun adakalanya ianya boleh ditembusi juga..  kita hanya manusia biasa yang tidak boleh lepas dari penyakit. Sakit, demam, selsema sebenarnya akan meningkatkan lagi sistem imuniti kita...   


Mari dapatkan supplemen semulajadi NUTRIFERON sebagai penggalak sistem imun kita ini. Info lanjut ada di sini