Selamat, Berkesan dan Mesra Alam

Dalam tahun 1956, Dr. Forrest C Shaklee mempelopori gerakan untuk menjadikan dunia ini lebih baik - dunia sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan alam semulajadi. Beliau sedar yang kesihatan optimum hanya boleh diperolehi melalui sumber alam semulajadi, sama ada untuk manusia juga yang lainnya.

Selama lebih 50 tahun, SHAKLEE bertungkus lumus untuk menghasilkan produk semulajadi yang selamat dan berkesan. Produk yang juga turut dapat memelihara alam semesta. Tidak hairanlah SHAKLEE berjaya menjadi syarikat nutrisi nombor satu di Amerika!

Showing posts with label Sup Ikan Haruan. Show all posts
Showing posts with label Sup Ikan Haruan. Show all posts

Sunday, June 10, 2012

Sup Ikan Haruan


MENU BERPANTANG
RESIPI SUP IKAN HARUAN

 
Bahan-bahan:
 
A
1 ekor ikan haruan
1 cawan air asam jawa
2 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
1 keping asam keeping
1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
Garam secukup rasa
Daun bawang & daun sup – dihiris

B (ditumbuk bersama)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm halia

Cara penyediaan:
a) Ikan dipotong dan dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir ikan. Bilas dengan air bersih.
b) Panaskan minyak jagung dalam periuk. Tumiskan bahan B hingga naik bau. Masukkan air.
c) Setelah mendidih, masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan biarkan  hingga mendidih. Tambah garam secukup rasa. Kemudian taburkan daun bawang dan daun sup. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.