Related Posts with Thumbnails

Saturday, December 22, 2012

KOLOSTRUM

Photobucket - Video and Image Hosting


Susu awal atau kolostrum merupakan susu yang pertama dihasilkan oleh ibu selepas bayi dilahirkan. Kolostrum merupakan makanan pertama yang terbaik untuk bayi. Ia berwarna putih kekuningan, likat pekat dan melekit. Ia tidak memancut apabila diperah tetapi ia hanya mengalir keluar dan meleleh ke tepi puting ibu. Apabila bayi diberikan kandungan kolostrum dalam susu akan membentuk satu lapisan di permukaan usus bayi. Ia bertindak untuk mencegah sebarang jangkitan. Oleh itu jika bayi diberikan air, maka lapisan itu akan terhakis dan bayi akan terdedah kepada jangkitan.

Kolostrum mengandungi 80 peratus air. Oleh itu ibu tidak perlu memberikan air masak, air glukosa atau sebarang air yang lain kepada bayi mereka sepeti mana lazimnya dilakukan kerana bayi mendapat air secukupnya daripada kolostrum. Kandungan penting dalam kolostrum ialah protein yang terdiri daripada antibodi seperti imunoglobulin, terutamanya IgA. Antibodi ini mampu mencegah bayi daripada jangkitan kuman. Kolostrum juga mempunyai beberapa jenis vitamin lain dan juga faktor tumbesaran. Faktor tumbesaran pula berfungsi untuk mematangkan usus dan mencegah alahan pada bayi. Jika bayi tidak mendapat kolostrum sejurus selepas dilahirkan dan diberikan selain susu ibu, bayi itu akan mudah terdedah kepada jangkitan kuman dan senang mendapat alahan.

Kolostrum juga merupakan sejenis laksatif. Ia membantu untuk mengeluarkan mekonium (najis hitam awal bayi) dan mencegah jaundis. Selain itu kolostrum juga mempunyai kandungan lemak dan karbohidrat yang rendah.

Sumber : 100 Persoalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu

1 comments:

  1. Susu kolostrum memang sangat hebat. Jadinya kita perlu sejak awal kehamilan lagi, bekalkan badan kita dengan pemakanan seimbang dan add on vitamin-vitamin yang sangat diperlukan oleh badan kita agar kolostrum susu menjadi lebih berkualiti dan berzat lagi :)

    ReplyDelete