Shaklee Tidak Menyumbang Kepada Israel. Full Stop.
Perkembangan teknologi komunikasi sekarang memudahkan sesuatu cerita yang tidak benar disampaikan beberapa golongan tertentu. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk berkongsi kebaikan telah disalahgunakan demi kepentingan sendiri. Terbaru heboh mengatakan yang Shaklee ni Produk Israel dan Shaklee Menyokong Israel. Ramai yang mengambil kesempatan untuk mempromosikan produk mereka dengan menyampaikan cerita ini..
Hari ini kami mendapat pengumuman rasmi dari SHAKLEE yang Shaklee Tidak Menyokong Israel. Link Keneseth Israel yang heboh diviralkan merupakan sebuah Non Profit Organization yang menyalurkan bonus dari Shaklee kepada mereka hasil dari pembelian produk shaklee dari mereka untuk disumbangkan kepada Israel. Ianya merupakan sumbangan peribadi dari organisasi tersebut. Jika anda buka link tersebut pun ianya akan direct ke web independent distributor & bukannya website Shaklee. Shaklee memang tiada hak untuk larang ke mana duit bonus pengedar hendak disalurkan..
Sama juga seperti kami pengedar-pengedar Shaklee di Malaysia, duit bonus yang kami dapat hasil jualan produk-produk Shaklee kami sumbangkan kepada Palestin. So itu hak kami terpulang pada kami nak buat apa pun dengan duit bonus tu. Umpama anda bekerja di sebuah syarikat. Syarikat tersebut bayar gaji anda setiap bulan.. So jika anda nak salurkan wang gaji anda kepada Palestin pun ianya adalah hak peribadi anda.. Jika anda nak salurkan wang gaji anda untuk membeli produk-produk Israel pun syarikat tempat anda bekerja tiada hak untuk melarang.
Dengan pengumuman rasmi dari pihak Shaklee ini, organisasi Keneseth Israel tersebut juga telah diarahkan untuk menukar logo rasmi Shaklee kepada logo independent distributor.. Alhamdulillah dapatlah menutup desas desus di sana sini. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka yang menyebarkan cerita yang tidak benar ini.
Dengan pengumuman rasmi dari pihak Shaklee ini, organisasi Keneseth Israel tersebut juga telah diarahkan untuk menukar logo rasmi Shaklee kepada logo independent distributor.. Alhamdulillah dapatlah menutup desas desus di sana sini. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka yang menyebarkan cerita yang tidak benar ini.
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Sebelum kami menyertai Shaklee sudah tentu kami dah kaji dulu benda-benda ini. Tidak akan sanggup kami mengkhianati saudara seislam kami sendiri. Nauzubillah... Jika masih ada yang mahukan penjelasan lanjut anda semua bolehlah terus ajukan soalan kepada Shaklee Corporation.
Entry lepas saya telah kongsikan Senarai Produk Yang Disahkan Menyumbang Kepada Israel untuk rujukan semua.... Sharing is caring.... :)
0 comments:
Post a Comment