Alhamdulillah berkesempatan juga nak buat entry ni... Kebelakangan ini ramai sangat yang bertanya bagaimana suami saya boleh berhenti merokok dari seorang perokok yang tegar pada satu ketika dulu.
Saya mengenali suami sejak zaman kami belajar di Universiti lagi kira-kira 8-9 tahun yang lepas. Katanya memang dah start merokok dari zaman sekolah lagi. Huhu.. sudah sebati dah nikotin dalam badan dia. Selepas berkahwin kesihatan suami semakin merosot dan dia langsung tak menghiraukan keadaan kesihatannya.. Sudah puas rasanya saya suruh berhenti merokok & sebenarnya dah beberapa kali dia cuba untuk berhenti dan semuanya berakhir dengan hangat-hangat tahi ayam.. paling lama bertahan pun 3 bulan. Lepas tu merokok balik.. Sebagai isteri terus terang saya katakan memang agak merimaskan bila berdekatan dengan perokok ni.. tapi apa nak buatkan.. terima sahaja seadanya.. :(
Hari demi hari keadaan kesihatan makin merosot tapi suami makin kerap merokok dan tidak mengawal pemakanan juga..Akibatnya kerap mendapat sakit dada, masalah urat & kerap jatuh sakit juga.. Selalu juga membebel pada suami agar menjaga kesihatannya.. anak-anak sudah semakin membesar.. siapa yang akan jaga kami semua sekiranya dia sakit.. tetapi kata-kata saya hanya seperti mencurahkan air di daun keladi.. Bermacam2 vitamin percuma di klinik yang pernah saya berikan namun masih tiada perubahan pada kesihatannya.
Segalanya bermula bila saya mencari supplemen untuk membantu dalam penyusuan puteri kedua kami.. syukur dipertemukan dengan Shaklee... Alhamdulillah badan yang dulunya kerap lesu dan letih kini semakin cergas dan bertenaga di samping susu badan yang melimpah ruah.. Bila sebut tentang susu badan yang melimpah ruah ianya bukan kerana pengambilan supplemen shaklee semata-mata tetapi sudah tentunya saya kerapkan sesi pengepaman dan penyusuan secara terus kepada bayi.. Yang penting bila badan ibu sihat dan mendapat nutrisi yang mencukupi sudah tentu ianya membantu dalam kejayaan penyusuan.. Eh out of topic kejap..
Ok kembali semula kepada topik asal bagaimana suami saya boleh berhenti merokok...
PERTAMA : Kuasa Allah dan kuasa kasih sayang kami anak beranak.. Tanpa kuasa-kuasa ini sudah tentulah ianya tidak akan berjaya.
KEDUA : keazaman yang kuat untuk kembali sihat... disebabkan kerap sakit dia berazam untuk menjalani kehidupan yang sihat..
KETIGA : mengamalkan supplemen SHAKLEE.... alhamdulillah berkat pengambilan supplemen shaklee sebagai pemangkin dia telah bebas dari merokok sepenuhnya selama hampir 2 tahun!!!!
Pada mulanya suami saya agak keberatan untuk menelan pil-pil shaklee ni. Saya percaya ramai suami di luar sana pun begitu juga. So apa yang saya buat setiap hari saya akan bekalkan pill box kecil mengandungi vitamin2 shaklee. Hari2 saya akan monitor samada pill box tu kosong or masih penuh lagi. Waktu malam pula anak2 akan berebut2 untuk memberi ayah mereka makan vitamin. Ini salah satu strategi saya juga! Bila anak2 juga concern akan kesihatan ayah mereka sudah tentu akan timbul sedikit kesedaran di hati sang ayah untuk berubah menjadi sihat! Alhamdulillah starategi yang sangat2 berjaya! Setiap hari pill box yang saya bekalkan juga kosong.. yeayy maksudnya suami saya makan vitamin2 tu.... :')
So mesti ramai tertunggu-tunggu vitamin shaklee apa yang saya bagi pada suami saya tu... Ok bulan pertama saya hanya bagi suami saya DTX Complex. DTX Complex ni fungsinya untuk detoks HATI. Kebiasaannya kita dapati hati seorang perokok ni jika di scan ianya akan berwarna lebih gelap berbanding hati normal bukan perokok.. Bulan pertama suami mengalami healing crisis yang teruk.. Badan bertambah sakit2 dan demam yang berpanjangan.. tetapi kami gagahi juga demi untuk melihat dia sihat...
imej hati seorang perokok
imej peparu seorang perokok
No wonder Fatwa telah memutuskan bahawa merokok adalah haram.. DI SINI fatwa yang telah dikeluarkan...
Sebulan selepas detoks HATI saya bagi suami VITAMIN C, OMEGA GUARD dan multivitamin VITALEA... Bukan lah makan serentak semua ni... Jadual pengambilan boleh minta dari pengedar Shaklee anda nanti. Boleh klik di sini untuk SENARAI PENUH PENGEDAR SHAKLEE MENGIKUT NEGERI. Vitamin C saya bagi dia ambil 2-3biji sehari. Perokok akan kehilangan Vitamin C yang banyak di dalam tubuh mereka sepanjang aktiviti merokok ni. Nikotin dalam rokok mempengaruhi metabolisme tubuh yang menyebabkan tubuh mereka tidak mampu menyimpan vitamin C dengan baik. Untuk itu, perokok perlu mengambil vitamin C dengan banyak untuk membersihkan nikotin dalam darah.
Dalam artikel kajian perokok di US ada menyatakan =
Spray vitamin C into the back of the mouth and throat each time you want a cigarette. (Drug and Alcohol Dependence, 1993:337, p 211-213)
So tak perlulah susah2 nak beli vitamin spray ni kerana harganya pun agak mahal. Bila nikotin dalam darah sudah disingkirkan sedikit demi sedikit maka akan kurang kebergantungan badan terhadap nikotin itu. Seterusnya keinginan untuk nikotin akan berkurangan.
Omega pula saya bagi 3biji sehari disebabkan suami sering juga mengadu mengalami sakit dada.. omega fungsinya untuk melindungi jantung, mencegah pembekuan darah, mencegah penyakit darah tinggi, mengurangkan sakit sendi, mengawal kolestrol dan yang bestnya omega 3 boleh meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan rasa kenyang yang lama... hihi... no wonder suami saya juga sudah tidak boroi... :)
Multivitamin vitalea shaklee saya bagi 1-2 biji sehari kerana ianya merupakan pelengkap nutrisi akibat kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting disebabkan pengamalan gaya hidup yang tidak sihat. Kita mencuba walaupun suami tidak berjaya berhenti merokok sekurang-kurangnya mereka mendapat kesihatan yang lebih baik.. so jangan pernah berhenti untuk berharap.
Kesan ketiga-tiga vitamin ini healing crisis masih berterusan.. badan suami menjadi kebas2.. demam berminggu2... batuk2 berpanjangan.. ya Allah saya hanya menguatkan semangat ketika itu. Kami perlu kuat untuk masa depan yang lebih baik. Alhamdulillah suami pun faham dan meneruskan pengambilan...
Setelah ada budget yang lebih & dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t saya memberikan suami vivix pada bulan ketiga.. Vitamin2 lain yang saya sebut di atas pun diteruskan macam biasa. Healing crisis sudah makin berkurangan dan suami berjaya untuk tidak merokok selama 3 bulan pertama itu... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Suami saya tidak pernah bagitau yang dia rasa sihat setelah ambil vitamin2 jenama lain sebelum ini. Tapi dengan shaklee dia kata memang dia terasa perubahan yang sangat baik pada tahap kesihatannya..... nangis.... :')
Boleh baca manfaat vivix DI SINI... Kebelakangan ini banyak sudah testimoni suami yang merasakan rokok sudah tidak sedap setelah mengambil vivix ini... Rasa ketagih terhadap rokok terus hilang... wooow weeee... kalau mereka boleh membeli rokok berpuluh-puluh kotak sebulan rasanya lebih baik sekiranya duit itu dilaburkan untuk membeli vitamin2 Shaklee ni.. INGAT strategi menggunakan anak2 sebagai pemberi makan vitamin di rumah.... :)
gambar kiri atas tu dulu2 tengah bekerja pun merokok
Terpulang samada anda semua ingin mencuba atau tidak.... tapi cuba ambil kalkulator untuk kira-kira. Sebulan biasanya seorang perokok tegar akan berbelanja RM300 untuk rokok... So setahun dah RM3600. Kalau 3 tahun? Jumlah berjaya dijimatkan adalah RM10,800... huhu... dah boleh pergi umrah dah jumlah ini...
Master Fazliana
SMS/Whatsapp : 019-3311968
0 comments:
Post a Comment