Related Posts with Thumbnails

Tuesday, July 24, 2012

KOLESTROL

KOLESTROL baik buruknya pada tubuh


Ramai beranggapan kolestrol hanya bersifat ‘jahat’ kerana membawa kemusnahan pada tubuh walhal kolestrol ialah sejenis bahan molekul lekit, seakan-akan lemak secara semulajadi dalam aliran darah serta sel tubuh badan. Kolestrol penting kerana menjadi sumber penghasilan sel tisu membrane, hempedu, sesetengah hormone dan vitamin D dalam tubuh badan.

Namun, paras kolestrol yang berlebihan boleh mendatangkan mudarat kerana berkemungkinan besar akan menyumbat dinding salur darah arteri lalu menyebabkan pengaliran darah menjadi perlahan dan terganggu. Keadaan ini amat bahaya kerana boleh mengakibatkan berlakunya serangan jantung koronori.

Molekul kolestrol berasal daripada dua sumber iaitu sintesis tubuh badan (melalui hati dan usus) dan juga diet harian seseorang. Kolestrol terbahagi kepada dua jenis iaitu kolestrol ‘baik’ dan ‘jahat’.

Kolestrol jenis lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) ialah sejenis ‘kolestrol baik’ yang akan membawa kolestrol dari seluruh saluran darah ke organ hati, kemudian hati akan memproses kolestrol untuk dikeluarkan daripada tubuh.

Lebih tinggi paras HDL, kolestrol yang tersimpan dalam salur darah arteri akan berkurang dan ini akan melindungi fungsi dan tahap kesihatan jantung. Sebaliknya ‘kolestrol jahat’ atau lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) pula akan membawa kolestrol daripada hati ke saluran darah di seluruh tubuh. Jadi, apabila semakin tinggi paras LDL di dalam badan, akan menyebabkan banyak kolestrol tersimpan di dalam salur darah.

Bacaan paras kolestrol boleh diperoleh melalui hasil profil lipid daripada ujian darah. Seseorang itu dikatakan mempunyai masalah kolestrol tinggi (hypercholesterolemia) apabila mempunyai bacaan jumlah kolestrol melebihi paras normal iaitu 5.2 mmol/L dan jumlah aras kolestrol LDL darah melebihi 2.6 mmol/L.

Golongan berisiko yang boleh mendapat paras kolestrol tinggi ialah individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes, mempunyai sejarah penyakit metabolic (diabete, penyakit tekanan darah tinggi dan serangan jantung), mempunyai sejarah keluarga yang mengalami masalah kolestrol dan penyakit jantung, individu yang kurang aktif serta perokok tegar.
MIDI : bil. 141

4 jenis makanan yang boleh menurunkan paras kolestrol.
1)      Makanan bijiran penuh dan tinggi serat.
2)      Ikan dan asid lema poli – tidak tepu Omega-3
3)      Kekacang badam, walnat, pistasio dan soya
4)      Buah-buahan kaya antioksidan mengandungi Vitamin A, C dan E

6 makanan yang perlu dihadkan pengambilan.

1)      Daging merah (hanya sekali seminggu)
2)      Daging proses (apa jua jenis daging)
3)      Daging organ (hati, otak, dll)
4)      Kulit ayam, itik dll
5)      Makanan bergoreng (berminyak)
6)      Produk tenusu yang tinggi kandungan lemak

5 cara meningkatkan kolestrol baik (HDL)

1)      Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, 3-5 kali sehari
2)      Turunkan berat badan anda ke paras normal atau bawah sedikit dari normal
3)      Makan ikan perairan sejuk (mackerel, haddock, anchovies)
4)       Perbanyakkan pengambilan serat terlarut
5)      Jangan merokok


* Bagi setiap 1% pengurangan kolestrol dalam darah, anda menurunkan peluang serangan jantung sebanyak 2% !!!!


Sila emailkan kepada mamafisya@gmail.com Or SMS ke 019-3311 968 untuk mendapatkan supplemen semulajadi yang sesuai untuk mengatasi masalah kolestrol anda.

0 comments:

Post a Comment